Sunday, January 30, 2011


Kim Tak Goo is the eldest son of Goo In Jong, the president of Samhwa Enterprise, a legend in the baking industry. Although he is an extremely talented baker and seemed destined to succeed his father as president, Goo In Jong’s family plotted to rob him of his inheritance because he was born to In Jong’s mistress. Tak Goo’s determination to become number one in the baking industry drives him to rebuild his career from scratch despite the many trials he faces.
Cast
Yoon Shi Yoon as Kim Tak Goo
Oh Jae Moo (오재무) as Tak Goo (Child)
Lee Young Ah as Yang Mi Sun
Eugene as Shin Yoo Kyung
Jo Jung Eun as Yoo Kyung (Child)
Goo family 
Jun Kwang Ryul as Goo In Jong
Jun In Hwa as Seo In Sook
Joo Won as Goo Ma Joon
Shin Dong Woo as Ma Joon (Child)
Choi Ja Hye as Goo Ja Kyung
Ha Seung Ri as Goo Ja Kyung (Child)
Choi Yoon Young as Goo Ja Rim

p/s : hehe nak tgk story the mory nih...cam best je.. da la suka bab2 chef nih. but this time i still like PASTA 
          much more..love it...heee *** kasi 3 bintang...superb...^_^

Saturday, January 29, 2011

Banner created with MyBannerMaker.com

LeLaKi aKhiR zAmaN...

Lelaki di akhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk dengan urusan... baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya


Lelaki di akhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri


Lelaki di akhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih berat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat


Lelaki di akhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka

Lelaki di akhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat

Lelaki di akhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir

Namun kutetap berfikir..
pasti masih ada lagi
Lelaki di akhir zaman ini

Seperti yang kufikir..



renung-renungkan..
dan selamat beramal...


Friday, January 14, 2011

LoVe iT sO mUcH...


my lovely person give this special for me..
i appreciate it dear!!!
u are the best...











love u so much dear!!!
thanks 4 this nice things.
bb suka sangat..
u always in my heart...
~smile dear~
mmmuuuaaahhhhxxxx

Thursday, January 13, 2011

ErTi peRsaHaBaTan..


Bagaimana bisa ku nilai persahabatan? 
Tak terjangkau tanganku untuk menggapainya
Mindaku juga sering keliru memikirkannya
Begitu juga lidahku yang kerap kali kelu
Semakin ku fikirkan, semakin bertambah pertanyaan
entah bagaimana untuk ku temu jawapannya


Cukupkah persahabatan jika harta jadi cagaran?
yang kaya pasti berteman dan yang miskin dicemuh
atau yang bercambah di sebalik kuasa di genggaman
pasti dikelilingnya teman yang bisa berdampingan
apakah persahabatan itu penceria suasana?
ataupun penglipur lara tatkala bersedih???


Teman itu yang bisa membuat hati senang
tapi ku tak mahu yang membiarkanku terleka
jika begitu, yang sering menegur itulah teman
menegur hingga ku bisa terluka dan bersedih???
ku tidak pasti bisakah ku menanggungnya
kerana itu perlunya bil hikmah


Lantas bagaimana harus ku kenal mereka
teman mahupun yang mengambil kesempatan
teman itu bisa kau kenal sepanjang hidupmu
kau melihat, menghayati dan menilai mereka
tak semestinya teman itu sentiasa bersamamu
tapi semangatnya itu sentiasa mengiringmu...


 ~Irfan~

Tuesday, January 11, 2011

sahabat sejati


sahabat sejati~

Kau Sahabat Kau Teman


kau lah sahabat kau lah teman...
semoga roh arwah dicucuri rahmat....
aminn...al-fatihah...

ku kEhiLanGan sEoRang YanG beRnamA saHaBat~



hari ni memang sangat sedih. aku tidak mampu menahan air mata aku ni dari berguguran ke pipi. sungguh aku tak sangka yang selama ini tempat aku gurau senda, gaduh2, ketawa mengilai bagai nak gila, kongsi citarasa yang sama, meluah perasaan suka duka..sedih telah pun pergi menghadap yang Maha Esa. inilah pertama kali aku betul2 rasa takut, kecewa dan rasa kosong. tapi apakan daya, Kau lebih berkuasa dan lebih Berhak. aku ni siapa nak melawan kehendakMu. cuma insan biasa yang jahil lagi kerdil di sisiMu. ampunkan aku Ya Allah..telah bersedih dan tak kuat untuk menerima semua ni. hari ini aku kehilangan sahabat yang bernama Muhammad Farhan Abdul Rahim. esok lusa tak siapa yang tau.




ketika ini aku ingin mengatakan sesuatu padamu sahabat. sudah lama aku nak luahkan.

wahai sahabat
kau sangat baik pada aku. aku harap kau bahagia di sana. dicucuri rahmat hendakNya. walaupun kau selalu gaduh dengan aku tapi kau tetap ambil berat pasal kawan-kawan kau. itulah kau sebenarnya. aku sedih kau buat aku gelak. bila aku sedih kau suka bagi segala macam petua yang tah datang dari mana tah. ada yang buat aku gelak guling2 ada yang tak menjadi gak.hai la sahabat..suatu saat tika aku sedih lagi tentu aku terasa sunyi tuk dengar segala macam nasihat dan lawak2 tak menjadi kau tuh.. hurm...tabahkan aku Ya Allah. Kau permudahkan segala urusan sahabatku di sana. aku memang sangat senang berkawan ngan kau. terima kasih jadi sahabat aku sehingga hari ini. 11 Jan 2011. akan aku ingat kamu sebagai sahabat baikku. sejahtera kamu selamanya. aminn.. al-fatihah..


Monday, January 3, 2011

HaRi yang menGunDanG keMaraHan di KaLa peNat...



huhu...sangat menyakitkan hati..hurm..at first da la aku penat kemas barang petang tu..tambah ayah tak tolong pon angkatkan. mahu x lenguh tangan nih..exercise gaban nye. tiba datang plak sorang mak cik nih tanya kat mana bilik anak dia..jadi instructer pon de gak rasanya. nasib baik la JPk de tolong mak cik uh. orang sabah bahhh...hehee.. paham la cikit2 cakap dia. walaupon de bah2 belakang dia..aduii
abis je layan mak cik tu. terus la ke bilik sab. borak punya borak tak sedar dah sejam lebih duk merepek meraban dengan cik sabariah ye. lama tak jumpa la katakan. hehe seronok kami..beronok-ronok..huhu then pulang la ke bilik sendiri. masa untuk mengemas telah tiba ye. saat yang paling aku kurang minat. iaitu...mengemas barang dan bilik yang telah lama ditinggalkan. berabuk tu tak payah wa cite la kan. sure punya. adoiiyai wa dah la tak bawak penyapu. pinjam jela penyapu AMAL, dak depan bilik uh.
selesai la kemas dalam masa sejam uh. complete meh. teratur aje semua. puas hati bila mata sedap memandang time uh.. sudah penat berehat la kan. landing2 time.. strecthing2 sikit. hhuhhh penat kemas umah tak abis lagi da kemas kat sini lak. mana la tak lenguh tangan nih. duk sedap landing datang la seseorang yang bernama "roomate"... hahaha..orang klang. Dayah namanya. dak dgree fin. aduss sebaya nih. dulu uitm Jengka. hurm...ok la kot..
then malam tu..dia pi la kua' ngan membe2 dia kan. sekali dia balik bilik dibawaknya rombongan cik kiah datang ke sini. aduii pening plak aku. makan kat tengah2 biliki nih,.hurm..tiba de la sorang membe dia cakap.." zatie kalau kte nak tukar bilik ngan zatie bole tak??" huhu aku pon agak terkejut. jawab jela " nak tukar tanya UPK. kte tak tau pape.." malas nak layan la katakan. wa manyak penat woo malam tu. memang malas mau layan orang. "kalau dapat zatie nak tukar tak??" tanya lagi. hurm aku pon tibai jela.."zatie da duk kat bilik n wing nih da 4 sem da. da bese da. malas nak tukar tempat lain." amik kau..tak nak paham plak dia aku nih camne.
tak abih yo lagi tuh..ditanyo eh laie.."kte tak de kawan la kat zamrud tuh. then susah nak study membe tak de kat sana" adoii wa cakap sama lu minah...lu jangan macam2 ahh...wa da penat nih...kasi baham itu kepala baru tau..haishhh...aku da hangin je ngan minah sorang nih.. aku sabar kan aje. dalam hati tak tau lak da sebakul aku menyumpah. aku pon relaks je tak de kawan kat sini. study je. tak de alasan pon. ekelehhh...membe ak uh kolej jauh2 lagi. tak de pon aku bising mintak tukar bilik. chilex sudah..nak kecoh2 plak. kaki ade jalan ah gi bilik dia nak study pon. tak pon jumpa la kat library nun...haa study la puas2..ngadap la muka kawan kau 24 jam. jangan lak kau muak t.. adoii. tak paham aku mentaliti orang sekarang. yang gi sempit2 kan kepala otak uh sapa suh. da elok2 otak uh dijadikan. sempurna lagi. tinggal nak polish kasi pandai je..susah ke kawan?????
hurm..permulaan yang agak menaikkan darah aku. tak mengapa lah. aku memang suka tengok orang carik pasal nih. terima je. make my own experiences....cehhh..

ok la..see next post..daaa~