assalamualaikum...haii
zatie just nak share something yang sangat berguna ye untuk kita semua..
Rahsia Solat & Warna Alam
by I Love Allah SWT and Prophet Muhammad SAW on Wednesday, September 28, 2011 at 11:02am
Kajian
Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM) mengenai kesan solat
ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang. Kajian awalnya mendapati bahawa
pergerakan yang dilakukan di dalam sembahyang yang memberikan kesan bermanfaat
ke atas jantung, tulang belakang dan keupayaan ingatan serta perhatian
seseorang.
SUBUH
sebagai
contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna BIRU MUDA yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang
mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh
mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang
kerap tertinggal waktu subuh ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama
kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam
iaitu BIRU MUDA tidak dapat diserap oleh
tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan
ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat
kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja
azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah
yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi, mereka yang terlewat Subuhnya sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak
optimum lagi.
ZOHOR
Warna
alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyrak & dhuha) dan kemudian warnaKUNING menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna
pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan
sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan
keceriaan. Jadi, mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zohornya
berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang
sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
ASAR
Kemudian
warna alam akan berubah kepada warna OREN, iaitu masuknya waktu
Asar di mana spectrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat,
uterus, ovari, dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren
ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal waktu Asar akan hilang daya
kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh ini
terpisah (tidur la tu..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu asar ini amat
diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
MAGHRIB
Menjelang
waktu Maghrib, alam akan berubah ke warna MERAH dan di waktu ini kita
kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini
kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis
(infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana
mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga
seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib la dulu…) kerana
banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan
mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada
frekuensi otot, saraf dan tulang.
ISYAK
Apabila
masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna INDIGO dan seterusnya memasuki fasa
kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana
frekuensinya bersamaan dengan system kawalan otak. Mereka yang kerap
ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada
dalam kegelapan dan sebetulnya,inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu
ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan system tubuh berada dalm
kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih,
merah jambu, dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi
kelenjar pineal, pituitari, talamus, dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit
kembali pada waktu ini dan dalam Islam ini dipanggil Qiamullail. Begitulah
secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya
telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya
bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan
sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur
kerana telah di’kurnia’kan syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita
memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya
menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambaNya atas sifat
Pengasih dan PenyanyangNya sebagai pencipta kerana Dia tahu hambaNya ini
amat-amat memerlukanNya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang
amat cuai dalam menjaga solatnya tapi cuba mengenengahkan amalan-amalan lain
yang difikirkan baik untuk kesihatan, sedangkan solatnya entah ke mana…???
JADI RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENUNAIKANNYA..
RASA INSAF DALAM DIRI... SUBHANALLAH INDAHNYA NIKMAT YANG ALLAH BAGI PADA KITA SEMUA..
SO TUNGGU APA LAGI...
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL...
SALAM~
No comments:
Post a Comment