Wednesday, October 5, 2011

bersyukurlah ^_^

assalamualaikum...hai...
sihat semua?? 
zatie dah abis final..yeahhh...
now at home.. sangat happy dapat holiday...
hehheeee....suka seronok beronok-ronok...

ngeheheee...actually tadi duk usha shawl.. lawa sangat2 semua shawl akak tuh..
ni FB dia.. Hiaz Boutique.. http://www.facebook.com/HiazBoutique
really love all her shawl.. 
nak je borong semua.. tapi pitih ongkos belum ada la...
tunggu dulu... puas cari shawl warna hijau turquoise.. 
hmm,.still mencari..huhu

hah.. sudah lari topik nampaknya.. 
actually zatie nak share something.. benda lain pulak yang dimerepekkan... hahaha
biasalah kan zatie nih.. 
always pot-pet..pot-pet..
talkative sangat sudaaaa...
alright.. now this is the point..
anda baca artikel nih.. khas buat perempuan gadis cewek wanita di luar sana...
renung-renungkanlah ye wahai kaum2 hawaku.. 
sungguh istimewa kita nih dari kaum adam...

 Sayangnya Allah Pada Perempuan 

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG

Nak kena tutup sana, tutup sini

Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

Perempuan, stoking pon kena pakai

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

Komfem x tahan bertutup semua

Tapi, perempuan cool jek

Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Tiap2 bulan, mesti ada penyakit

Nak pergi kelas pon susah

Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

Cuba tengok budak lelaki , selamber jek

Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

Hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Hati ni Allah jadikan lembut betul

Cepat jek sensitif

Cuba tengok orang putus cinta

Selalu perempuan yg paling susah nak lupa

Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

Siapa yg paling teruk menangis

Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

Lembut tak lembut hati perempuan

Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah

Diorang cakap, Allah x adil

Kenapa Allah lebihkan lelaki

Kenapa perempuan kena dengar cakap suami

Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel

Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

Kesian kan kat diorang

Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

Persoalannya sekarang

Betul ke Allah x adil dengan perempuan

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya

Betul, isteri kena ikut cakap suami

Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

X adil lagikah Allah pada perempuan

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

MashaAllah, hebatnya perempuan kan

Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

Banyak lagu pasal perempuan kan

Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

Orang akan cakap:

'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

Kita x pernah dengar orang cakap:

'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu

Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

Perempuan senang nak masuk syurga

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

X adil lagikah Allah dekat perempuan

Oh perempuan, sedarlah

Betapa sayangnya Allah dekat kita

Betapa cintanya Allah dekat kita

Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan

Sekadar perkongsian bersama 

~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~

Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi


JADI...KITA SEBAGAI KAUM HAWA SENTIASALAH BERSYUKUR ATAS NIKMAT YANG TELAH DIBERIKAN PADA KITA...
THANK YOU ALLAH.... 

inilah artikel yang zatie suka sangat2....love it so much...
ladies... u must read this... guys.. u must appreciate your lovely partner...

Monday, October 3, 2011

PENTING!!!!!!

assalamualaikum...hai semua...
sihat semua.. 
zatie sekarang dah rase macam nak menjerit je nih... 
penat sangat + mengantuk...huhu..
berusaha melawan nafsu tidur...
esok dah nak paper finance 369.. investment management..
grrr...boleh tahan la.. yang paling penting zatie sangat2 suka finance...yeahhhh!!!
come on lah... fin boleh... hehee
excited terlebih dah...
bak kata orang negeri sembilan... 
" gilo ko kau kak?? mengoyan nih.." 
hikhikkk... opppssss...terlebih sudahh..

ok now.. back to the topic.. 
actually di saat2 mamai dan ngantuk zatie tadi... 
zatie pon online la FB tu kejap.. hihi
tak senonoh zatie nih.. 
u all jangan ikut ye.. 
cara belajar yang tak sistematik namanya tuh...
alright...kat FB tu tadi zatie terjumpa satu artikle yang boleh la menjadi PERINGATAN pada kita...
yang paling penting bagi orang yang dah kahwin la ye... 
yang belum kahwin... JANGAN nak menggatal pulak buat....
marah Allah...!!!!

ok.. ni dia... u all baca la ye...

Kenapa lovebite berbahaya?



Menurut Daily Mail, seorang wanita berusia 44 tahun telah lumpuh selepas terkena serangan sakit jantung akibat daripada lovebite yang di lakukan oleh kekasihnya. Wanita itu (nama tidak dinyatakan) dimasukkan ke sebuah hospital di Auckland apabila mendapati dia tidak mampu menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Pada mulanya, para doktor mengesyaki wanita itu telah terkena serangan sakit jantung. Walaupun mereka tidak mengetahui punca sebenar penyakit wanita itu pada awalnya. Mereka kemudiannya, memeriksa wanita itu dan menjumpai kesan lovebite dibadannya. Dan dari kesan lovebite tu, mereka dapat tahu apa punca serangan sakit jantung tersebut.

Sebenarnya lovebite yang terhasil tu, menyebabkan pembuluh darah rosak dan mengakibatkan pembentukan darah beku. Darah yang telah beku tadi mengalir ke jantung dan boleh menyebabkan strok!

So, hati hati lah semasa bersama pasangan masing masing. Jangan sampai lupa diri, nanti ada yang merana baik lelaki atau perempuan. Jangan disebabkan expressi cinta, ada yang maut.


jadi anda semua yang SUDAH BERKAHWIN...
perlu lah beringat...
ni dekat negara orang putih la ye.. bak kata ayah zatie.. OMPUTIH biasalah...
kita orang melayu adat kesultanan melayu rasa2 nya idak lah perlu untuk melakukan benda2 yang boleh membuat kita sakit di kemudian hari.. 
ape ke jadahnya kalau kita buat pon?????
betul taK?????

tak bagi apa2 pahala pon... so jadikanlah teladan ye semua..
ok ini aje lah yang zatie nak kongsi bersama u all...
see u all next entry ya...
take care.. smile always...
^_^....
salam~


Dedicate this song to u..

assalamualaikum.... hai
just want to share this...
love this song so much... marvellous..

lalalalaaaaalalaaaaaa......

Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini telah ada yang milikiTiba diriku di penghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu


Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu


that's it.. 
daaa~
see u all next entry.. ^_^

Sunday, October 2, 2011

halu..halu...halu....

assalamualaikum...
hai semua...
sihat tak?? zatie kurang sihat la...masalah kurang tidur..kepala pening tahap gaban daa..
anyway time duk mamai2 petang tadi zatie terjumpa la something yang unik untuk dimuatkan dalam blog nih.. 
acehhh...ayat tak boleh bla tul la... hehee*wink*

love their creativity so much... 
teringin lah jugak dulu nak jadi seorang pelukis kan... tapi nak buat cam mana... 
tangan nih tak seni lorhhhhhh.... so saddd... hukhukk...

cantik sangat la...
try la pada sapa2 yang berbakat tu...

yang nih memang real sangat nampak...
i like it!!!!

hehe... itu aje lah yang nak dimuatkan dalam blog yang tak seberapa nih...
see u next entry... daaa~
salam...

Saturday, October 1, 2011

VerY InteResTing Meii..

assalamualaikum...
haiii semua...u know what when i open my FB account i found some interesting video.. 
really really proud of this uncle...MAT SALEH.. hehe

now guys.. u watch it.. 
i'm proud to be malaysian... yeahhh...

nice la...


ni pulak mat saleh duk ngoyat klate...nyanyi mu nih..
baguh mu nih..

banggalah menjadi anak malaysia... hehee..
ni je nak share.. 

ok..take care ya guys..
see u next entry... 
daaa~
salam...^_^